Friday , 22 June 2018

Home » Bisnes » Saham Asia dibuka rendah

Saham Asia dibuka rendah

June 14, 2018 12:25 pm Category: Bisnes A+ / A-
Saham Asia dibuka rendah

TOKYO,. Saham Asia susut hari ini selepas Rizab Persekutuan menaikkan kadar faedah dan mengeluarkan kenyataan meyakinkan dalam meramalkan dasar lebih ketat sepanjang tahun ini.

Pasaran juga diselubungi kebimbangan susulan perang perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China yang berjaya menarik perhatian pelabur.

Indeks meluas MSCI bagi saham Asia Pasifik di luar Jepun susut 0.25 peratus pada sesi dagangan awal.

Indeks KOSPI Korea Selatan juga susut 0.9 peratus, sementara pasaran saham Australia jatuh 0.2 peratus. Nikkei Jepun susut 0.7 peratus.

Seperti mana dijangka, Fed menaikkan kadar pinjaman asas semalamam suku mata peratusan kepada paras 1.75 hingga dua peratus disokong pertumbuhan ekonomi AS yang kukuh.

Pasaran bagaimanapun terjejas dengan perubahan dalam prospek kadar faedah pembuat dasar itu yang menjelaskan dua lagi kenaikan tambahan menjelang akhir tahun berbanding satu kenaikan sebelum ini berdasarkan unjuran mendian Ahli Lembaga Pengarah.

Rangsangan kos pinjaman yang lebih tinggi menjejaskan saham sementara ia akan memacu dolar.

Reaksi pasaran secara keseluruhan bagaimanapun hanya dalam masa singkat.

– Reuters

scroll to top