Wednesday , 22 August 2018

Home » Bisnes » Saham Asia dibuka rendah

Saham Asia dibuka rendah

August 13, 2018 11:09 am Category: Bisnes, Ekonomi A+ / A-
Saham Asia dibuka rendah

SYDNEY,. Pasaran saham Asia dibuka rendah manakala euro mencecah paras terendah dalam tempoh setahun hari ini berikutan kerugian baharu dalam mata wang lira Turki yang memacu permintaan bagi mata wang asing selamat yang lain termasuklah dolar Amerika Syarikat (AS) dan yen.

Indeks Nikkei Jepun susut 0.95 peratus dan indeks meluas MSCI saham Asia Pasifik di luar Jepun, susut 0.3 peratus berikutan bursa saham di sekitar rantau berkenaan dilanda kerugian.

Niaga hadapan E-Mini bagi S&P 500 juga susut 0.15 peratus manakala hasil Perbendaharaan juga susut.

Mata wang lira susut lebih daripada 40 peratus tahun ini berikutan kebimbangan mengenai kuasa Presiden Turki, Tayyip Erdogan yang semakin meningkat terhadap ekonomi dan ia dilihat merenggangkan hubungan dengan Amerika Syarikat.

“Kejatuhan mata wang lira yang bermula pada Mei lalu kini dilihat pasti menolak ekonomi Turki ke dalam kegawatan dan ia juga boleh mencetuskan krisis perbankan,” kata Ketua Ahli Ekonomi Global di Capital Economics, Andrew Kenningham.

Euro mencecah paras terendahnya berbanding dolar AS sejak Julai 2017 iaitu pada AS$1.13715 apabila ditutup pada AS$1.1392 dan masih jauh untuk mencecah paras tertinggi minggu lalu iaitu AS$1.1628.

Dolar susut berbanding yen kepada 110.65, bagaimanapun kekal kukuh berbanding mata wang asing lain pada paras 96.388.

-Reuters

scroll to top