Tuesday , 22 August 2017

Home » Bisnes » Saham Asia dibuka tinggi

Saham Asia dibuka tinggi

June 19, 2017 1:59 pm Category: Bisnes, Ekonomi A+ / A-
Saham Asia dibuka tinggi

SINGAPURA: Saham Asia dibuka tinggi hari ini mengambil isyarat daripada Wall Street serta kestabilan tukaran pound dan euro ketika bermulanya rundingan terma penarikan diri Britain daripada Kesatuan Eropah (EU).

Indeks meluas MSCI saham Asia Pasifik di luar Jepun naik 0.2 peratus dalam dagangan awal.

Indeks Nikkei Jepun juga naik 0.6 peratus. Saham Australia dan Korea Selatan juga masing-masing melonjak 0.5 peratus.

Ketua Strategi Pemasaran di CMC Markets, Michael McCarthy berkata dalam satu nota, pelabur di Asia Pasifik berhadapan dengan jangkaan sederhana dan bercampur mengenai prestasi saham minggu ini.

“Pasaran saham Eropah dan Amerika Syarikat (AS) ditutup dengan kenaikan pada minggu lalu tetapi harga komoditi yang rendah dan dolar AS yang rendah mungkin memberi kesan kepada dagangan awal,” katanya.

Jumaat lalu, Wall Street ditutup bercampur-campur dengan kaunter tenaga mengimbangi penurunan dalam saham pengguna yang didoroang oleh tawaran Amazon.com untuk membeli jenama Whole Foods Market.

Indeks S&P 500 ditutup rendah dan Indesk Purata Industri Dow Jones ditutup naik 0.1 peratus manakala Nasdaq susut 0.2 peratus.

Pasaran saham Eropah menunjukkan prestasi yang lebih meyakinkan Jumaat lalu apabila saham Britain, Jerman dan Perancis ditutup tinggi.

Dalam pasaran mata wang, pound sterling sedikit rendah pada penutup Jumaat lalu iaitu pada AS$1.2772 tetapi ia menjadi lebih stabil selepas polis London melaporkan terdapat kematian dalam kemalangan membabitkan sebuah van dan pejalan kaki di Finsbury Park.

Euro meningkat sedikit kepada AS$1.1204.

– Reuters

scroll to top