Friday , 17 August 2018

Home » Bisnes » Saham Asia dibuka tinggi

Saham Asia dibuka tinggi

July 20, 2018 11:31 am Category: Bisnes, Ekonomi A+ / A-
Saham Asia dibuka tinggi

TOKYO,. Saham Asia dibuka tinggi hari ini berikutan pelabur berhati-hati di tengah-tengah kebimbangan mengenai kemungkinan Kesatuan Eropah mengenakan cukai ‘balas’ terhadap barangan dari Amerika Syarikat (AS).

Indeks meluas MSCI saham Asia Pasifik di luar Jepun menokok 0.1 peratus.

Saham Australia menokok 0.5 peratus dan Indeks KOSPI di Korea Selatan juga meningkat 0.07 peratus.

Indeks Nikkei mengatasi kerugian terdahulu untuk dibuka 0.2 peratus berikutan dolar menyusut berbanding yen.

Pegawai rasmi dari Suruhanjaya Dagangan Kesatuan Eropah dijangka tiba di Washington minggu depan bagi rundingan dagangan.

Ahli Strategi Kanan di Sumitomo Mitsui Asset Management Tokyo, Masahiro Ichikawa berkata berita mengenai dagangan terbaharu itu telah menarik perhatian kerana ia datang dari Eropah.

Saham di Wall Street susut semalaman berikutan ketegangan dagangan yang bermula semula manakala Indeks Dow Jones susut 0.53 peratus dan S&P 500 susut 0.39 peratus.

-REUTERS

scroll to top