Friday , 16 November 2018

Home » Bisnes » Saham Asia mula dagangan berhati-hati

Saham Asia mula dagangan berhati-hati

June 12, 2018 11:34 am Category: Bisnes, Ekonomi A+ / A-
Saham Asia mula dagangan berhati-hati

SYDNEY,. Dolar melonjak ke paras tinggi tiga minggu, manakala saham Asia bermula dalam keadaan berhati-hati apabila pelabur sedang menunggu hasil positif daripada sidang kemuncak antara Amerika Syarikat (AS) dan Korea.

Nikkei Jepun menambah 0.8 peratus kepada paras tertinggi dalam tiga minggu dan saham Korea Selatan naik 0.1 peratus.

Indeks penanda aras Australia lebih kukuh sementara New Zealand susut 0.3 peratus.

Ia meninggalkan indeks meluas MSCI saham Asia Pasifik di luar Jepun yang mencecah pada 573.31.

Sidang Kemuncak ‘damai nuklear’ antara Presiden AS Donald Trump dan pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, antara lain, bertujuan melihat Korea Utara menyahkan program nuklearnya dan sebagai ganjarannya, memperoleh kebebasan ekonomi dan jaminan keselamatan.

Sementara itu, saham di Wall Street diniagakan bercampur-campur dengan Dow hampir tidak berubah.

Manakala S&P 500 naik 0.1 peratus dan Nasdaq menambah 0.2 peratus.

-REUTERS

scroll to top