Wednesday , 19 September 2018

Home » Bisnes » Saham Tokyo dibuka rendah

Saham Tokyo dibuka rendah

July 11, 2018 11:47 am Category: Bisnes, Ekonomi A+ / A-
Saham Tokyo dibuka rendah

TOKYO,. Saham Tokyo dibuka rendah hari ini berikutan kebimbangan terhadap perang dagangan yang muncul semula selepas Amerika Syarikat (AS) mengumumkan senarai baharu eksport barangan China yang dikenakan cukai.

Indeks penanda aras Nikkei 225 susut 0.84 peratus atau 187.00 mata kepada 22,009.89 dalam dagangan awal manakalan indeks meluas Topix susut 0.70 peratus atau 12.08 mata kepada 1,704.05.

“Jualan dilihat mendominasi selepas dagangan di AS menyaksikan kejatuhan susulan laporan media bahawa Presiden Donald Trump bakal mengumumkan senarai tamabahan yang akan dikenakan cukai,” kata SBI Securities dalam satu nota penyelidikan.

Lewat Selasa lalu, AS mengumumkan ia sudah memulakan proses untuk mengenakan cukai 10 peratus ke atas eksport barangan China bernilai AS$200 bilion lagi dan jangkaan ia bermula seawal September ini.

Ia meningkatkan perang dagangan antara dua negara ekonomi terbesar dunia itu.

Di Asia, dolar disebut pada 110.93 yen, berbanding 110.26 yen di New York lewat Selasa lalu.

-AFP

scroll to top