Sunday , 20 May 2018

Home » Dunia » Sakit kaki, lambat naik tangga masalah PM New Zealand

Sakit kaki, lambat naik tangga masalah PM New Zealand

April 17, 2018 12:39 pm Category: Dunia A+ / A-
Sakit kaki, lambat naik tangga masalah PM New Zealand

Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern.

PARIS,. Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern berlawak, sakit kaki dan ‘lambat naik tangga’ adalah satu-satunya kebimbangan beliau ketika memulakan jelajah Eropah semalam dalam keadaan hamil tujuh bulan.

Ardern, 37, menjadi Perdana Menteri Oktober lalu selepas bangkit dengan pantas dan kemudian mengejutkan negara itu sekali lagi Januari lalu apabila mengumumkan bakal menjadi ibu.

Sejak itu, negara Pasifik itu tidak sabar menunggu kelahiran bayinya ketika Ardern dianggap contoh ibu bekerjaya.

“Peringkat awal kemungkinan paling sukar kerana saya mengalami mabuk hamil teruk dan pada satu ketika tiada siapa tahu,” kata Ardern di sini.

Pemimpin Parti Buruh itu melawat Perancis ketika mesyuarat seminggu yang akan menyaksikan beliau berkunjung ke Berlin sebelum ke London untuk menghadiri sidang Kemuncak Komanwel pada Khamis dan Jumaat.

“Keadaan diri tidak mengubah pendekatan diri saya terhadap kerja. Saya agak lambat naik tangga, begitu juga kaki saya agak sakit namun ia tidak memberi kesan keupayaan saya terhadap tugas.

“Ada tempoh di mana lawatan menjadi lebih sukar namun saya fokus untuk cuba meminimumkan kesan kerana saya mempunyai tanggungjawab mengurus kerajaan,” katanya sambil tersenyum dan memohon maaf kerana memakai stoking tanpa kasut ketika ditemuramah.

Mesyuarat seharian mengenai perdagangan dan keselamatan di Istana Presiden Perancis dengan pemimpinnya Emmanuel Macron serta ucapan di Universiti Sciences Po menyebabkan beliau mengakui memberi kesan terhadap keadaan fizikalnya.

Ardern dijangka melahirkan bayinya Jun ini di mana beliau bercadang mengambil cuti bersalin enam minggu. Beliau bukan wanita pertama melahirkan anak ketika mengetuai negara itu kerana Perdana Menteri Pakistan Benazir Bhutto melakukannya pada 1990-an.

-AFP

scroll to top