Saturday , 23 June 2018

Home » Dunia » Salma Hayek dakwa turut jadi mangsa Weinstein

Salma Hayek dakwa turut jadi mangsa Weinstein

December 14, 2017 2:23 pm Category: Dunia A+ / A-
Salma Hayek dakwa turut jadi mangsa Weinstein

CHICAGO,. Aktres kelahiran Mexico, Salma Hayek, menjadi wanita Hollywood terbaru menuduh penerbit Harvey Weinstein melakukan serangan seksual terhadapnya.

Dalam artikel disiarkan dalam akhbar The New York Times kelmarin, Hayek menggelar Weinstein sebagai ‘penjahat’.

“Selama bertahun-tahun, dia penjahat,” tulis Hayek dalam ruangan pendapat dan turut memasukkan gambaran gangguan seksual, buli dan ancaman.

Lebih 50 wanita tampil mendakwa Weinstein melakukan gangguan atau serangan seksual terhadap mereka sejak tiga dekad lalu.

Weinstein menafikan mengadakan hubungan seks secara paksa dengan sesiapa.

Polis New York, Los Angeles, Beverly Hills dan London berkata, mereka menjalankan siasatan dakwaan serangan seksual atau rogol terhadap penerbit itu.

Hayek menulis dalam artikel itu beliau mendapat ilham berkongsi pengalamannya selepas wanita lain tampil berbuat demikian.

Keterangannya tertumpu ketika beliau terbabit merakamkan filem Frida pada 2002, yang menyaksikan Hayek melakonkan watak pelukis Mexico, Frida Kahlo.

– Reuters

scroll to top