Thursday , 20 September 2018

Home » Bisnes » Samsung buka kedai terbesar dunia di India

Samsung buka kedai terbesar dunia di India

September 12, 2018 6:46 pm Category: Bisnes, Teknologi A+ / A-
Samsung buka kedai terbesar dunia di India

Kedai dengan keluasan lantai sekitar 33,000 kaki persegi (3,000 meter persegi) itu terletak di hab teknologi di Bengaluru. - Foto AFP

MUMBAI,. Samsung Electronics Co Ltd membuka kedai terbesarnya di dunia di India dalam usaha menguasai kedudukan teratas di pasaran telefon pintar kedua terbesar dunia itu.

Kedai dengan keluasan lantai sekitar 33,000 kaki persegi (3,000 meter persegi) itu terletak di hab teknologi di Bengaluru yang dijangka membantu gergasi teknologi Korea itu meluaskan penguasaannya di India, sekali gus menyaingi pesaing Apple Inc, yang belum lagi membuka kedai utama di negara itu.

India, dengan lebih satu bilion penyambungan tanpa wayar, menawarkan peluang lumayan kepada pengeluar telefon pintar untuk berkembang di luar China dan Amerika Syarikat (AS) yang mana pertumbuhannya semakin perlahan.

Hanya dua bulan lalu Samsung membuka kilang telefon pintar terbesar dunia di luar New Delhi.

“India adalah pasaran yang amat penting,” kata Mohandeep Singh, naib presiden kanan perniagaan mudah alih di Samsung India kepada Reuters.

Beliau berkata, syarikat itu bercadang membuka lebih banyak kedai seumpamanya di 10 bandar utama di negara itu.

“Kedai-kedai ini … akan membantu kami mengukuhkan lagi penguasaan pasaran menuju ke depan,” kata Singh.

Kedai baharu itu bukan saja akan menampilkan peranti mudah alih Samsung tetapi juga produk elektronik pengguna dan inovasi terkini.

Ia juga akan menempatkan pusat servis telefon pintar. – Reuters

scroll to top