Wednesday , 24 July 2019

Home » Bisnes » Samsung Electronics jangka pendapatan suku pertama tersasar

Samsung Electronics jangka pendapatan suku pertama tersasar

March 26, 2019 10:38 am Category: Bisnes, Teknologi A+ / A-
Samsung Electronics jangka pendapatan suku pertama tersasar

SEOUL,. Samsung Electronics berkata ia menjangka pendapatan suku pertama di bawah jangkaan pasaran berikutan peningkatan dalam penyusutan harga cip memori.

Dalam pengumuman yang jarang berlaku menjelang penerbitan keputusan prestasi suku kewangan sebenar, Samsung merujuk kepada permintaan cip yang lemah dan permintaan perlahan daripada pelanggan panel paparannya.

“Syarikat menjangkakan skop penurunan harga dalam produk cip memori utama lebih besar daripada jangkaan,” kata Samsung dalam kenyataan yang difailkan di bursa saham Seoul.

Gergasi teknologi Korea Selatan itu dijangka mengeluarkan panduan pendapatan suku pertama awal bulan depan.

“Inventori meningkat di bahagian cip memori dan prestasi lemah dalam perniagaan panel paparan disebabkan jualan yang buruk iPhone menjadikan keuntungan yang lebih buruk bagi Samsung,” kata Lee Won-sik, penganalisis di Shinyoung Securities.

Samsung adalah pembuat cip memori terbesar di dunia dan juga mengeluarkan panel paparan untuk telefon pintar.

Samsung tidak mengulas lanjut berhubung kenapa ia memfailkan kenyataan itu.

Seorang pegawai syarikat mengesahkan syarikat itu sebelum ini tidak memberi ulasan sebelum anggaran pendapatan rasmi. – Reuters

scroll to top