Thursday , 29 June 2017

Home » Bisnes » Samsung labur RM1.28b bina kilang di AS

Samsung labur RM1.28b bina kilang di AS

June 8, 2017 11:12 am Category: Bisnes, Teknologi A+ / A-
Samsung labur RM1.28b bina kilang di AS

SEOUL: Gergasi teknologi, Samsung Electronics Co Ltd, merancang melabur AS$300 juta (RM1.28 bilion) bagi membina kilang peralatan di Amerika Syarikat (AS), menurut laporan Korea Economic Daily hari ini, dengan memetik sumber yang tidak dinamakan.

Kilang di Blythewood, South Carolina, itu bakal mengeluarkan peralatan seperti mesin basuh dan ketuhar gas.

Menurut laporan berkenaan, Samsung akan menandatangani perjanjian rasmi pada akhir bulan ini dan merancang untuk menyiapkan pembinaan kilang itu pada 2019.

Jurucakap Samsung, enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Firma Korea Selatan berkata, rundingan berkaitan pembinaan kilang itu diadakan awal tahun ini, di tengah-tengah kebimbangan mengenai dasar perlindungan di bawah pemerintahan presiden baharu AS, Donald Trump.

Sementara itu, pesaing syarikat itu, LG Electronics Inc pada Mac lalu, turut mengumumkan peruntukan AS$250 juta (RM1.07 bilion) bagi perancangan membina sebuah kilang peralatan rumah baharunya di Tennessee.

– Reuters

scroll to top