Tuesday , 23 July 2019

Home » Bisnes » Samsung lancar Galaxy A80 di Malaysia

Samsung lancar Galaxy A80 di Malaysia

July 13, 2019 6:24 am Category: Bisnes, Teknologi A+ / A-
Samsung lancar Galaxy A80 di Malaysia

KUALA LUMPUR,. Samsung Malaysia Electronics (SME) Sdn Bhd (Samsung) hari ini melancarkan telefon pintar baharu Galaxy A80, yang boleh didapati pada harga RM2,499.

Dibina dengan inovasi terkini dan ciri-ciri penting yang dipertingkatkan, ia menawarkan kamera tiga putaran yang pertama oleh Samsung, yang bertindak sebagai kamera utama dan selfie.

Samsung dalam kenyataan hari ini berkata 1,000 pelanggan pertama yang membeli Galaxy A80 akan menerima pakej edisi khas BlackPink percuma dan Galaxy Fit bernilai RM818.

mVAhfVEALJ5bn9xQ7knzFE-768-80
Galaxy A80 membolehkan gambar yang lebih jelas dan terang, tanpa mengira masa, dengan kamera utama 48MP, dan dilengkapi dengan lensa luas iaitu Ultra Wide Lens yang menawarkan sudut pemandangan 123 darjah.

Kamera 3D Depth itu membolehkan pengguna merakamkan subjek dengan lebih jelas, dan membuat klip seperti filem dengan ciri-ciri seperti mod Live Focus Video. Di samping itu, mod Video Super Steady pada kamera itu mengurangkan gegaran dan goncangan untuk video aksi.

Galaxy A80 juga menampilkan ciri paparan New Infinity pertama oleh Samsung, skrin FHD + Super AMOLED 6.7-inci dengan nisbah paparan 20:9.

Ia juga dilengkapi Samsung Knox, platform keselamatan gred-pertahanan Samsung yang direka untuk melindungi daripada chipset kepada perisian.

Galaxy A80 ditawarkan dalam tiga warna iaitu Angel Gold, Ghost White dan Phantom Black, manakala boleh didapati di semua Samsung Experience Stores dan Samsung Malaysia Online Store.

Untuk maklumat lanjut, lawati https://samsung.com/my/smartphones/galaxy-a80-a805/SM-A805FZKDXME/ dan https://samsung.com/my/offer/mobile/a80-launch-promotion/.

— BERNAMA

scroll to top