Wednesday , 26 September 2018

Home » Bisnes » Samsung lancar TV pintar pertama QLED

Samsung lancar TV pintar pertama QLED

January 4, 2018 12:49 pm Category: Bisnes, Teknologi A+ / A-
Samsung lancar TV pintar pertama QLED

Samsung QLED TV

KUALA LUMPUR,. Samsung Electronics bakal melancarkan televisyen pintar pertama, QLED TV yang menampilkan sambungan Thunderbolt 3 Intel pada Pameran CES 2018 di Las Vegas dari 9 hingga 12 Januari ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, Samsung berkata, televisyen skrin melengkung model CJ791 34 inci itu dijana oleh teknologi kuasa tunggal dan kelajuan pemprosesan dengan kualiti gambar lebih baik untuk kepuasan optimum kepada pengguna yang menontonnya.

Direka untuk hiburan dan penonton khusus dalam perniagaan, pengguna boleh menghubungkan monitor dan laptop tanpa wayar yang berselirat untuk kelajuan pemprosesan empat kali lebih cepat daripada USB.

Ia membolehkan sambungan ke seluruh peranti termasuk Macs, komputer riba jenis USB type-C dan aksesori desktop lain seperti pemacu storan atau kad grafik luaran.

Naib Presiden Eksekutif Visual Display Business di Samsung Electronics, Seog-gi Kim, berkata model CJ791 menggunakan sambungan Thunderbolt 3 dengan kelengkungan terbaik dan kualiti gambar QLED untuk memberi kepuasan dan pengalaman baharu kepada pengguna.

Pada masa yang sama, menampilkan organisasi dan produktiviti yang lebih baik.

“Sebagai perintis industri televisyen skrin melengkung, Samsung terus meneroka cara baharu untuk memperbaiki paparan dan mengatasi jangkaan pengguna mengenai peningkatan prestasi dan penampilan,” katanya.

–BERNAMA

scroll to top