Tuesday , 23 July 2019

Home » Bisnes » Samsung Malaysia lancarkan Samsung Galaxy Tab A (2019, 8.0″)

Samsung Malaysia lancarkan Samsung Galaxy Tab A (2019, 8.0″)

July 12, 2019 8:48 am Category: Bisnes, Teknologi A+ / A-
Samsung Malaysia lancarkan Samsung Galaxy Tab A (2019, 8.0″)

KUALA LUMPUR,. Samsung Malaysia Electronics (SME) Sdn Bhd (Samsung) melancarkan Samsung Galaxy Tab A (2019, 8.0″) sebagai penyelesaian “satu untuk semua” pada harga yang berpatutan bernilai RM599 seunit.

Samsung Galaxy Tab A Tab yang didatangkan dalam dua warna metalik premium – hitam dan kelabu itu menawarkan prestasi hebat dengan menambah baik pengalaman pengguna tablet seperti jangka hayat bateri yang lebih lama, prestasi kelajuan lebih lancar dan pantas selain storan lebih besar untuk menyimpan lebih banyak kandungan.

Dalam kenyataan hari ini, Samsung Malaysia berkata bagi pengguna yang banyak melakukan berbilang tugas, Samsung One UI akan membolehkan pengguna menggunakan dua ruang susun atur untuk memaparkan lebih banyak kandungan dalam satu-satu masa.

Menerusi ciri-ciri Kids Home, kanak-kanak boleh mengakses kandungan pembelajaran yang tersedia dalam mod berhati-hati dan pada masa yang sama, ibu bapa dapat mengelakkan anak-anak daripada melihat skrin terlalu lama dengan menetapkan had bermain.

Selain fungsinya yang praktikal, Samsung Galaxy Tab A (2019, 8.0″) menawarkan pengalaman melihat skrin dengan lebih selesa dan luas dengan hanya memerlukan satu tangan untuk memegangnya.

Untuk makluman lanjut, sila layari https://www.samsung.com/my/tablets/galaxy-tab-a-2019-t295/SM-T295NZSAXME/.

— BERNAMA

scroll to top