Saturday , 15 December 2018

Home » Nasional » Saya terima apa sahaja keputusan Tun M – Rina Harun

Saya terima apa sahaja keputusan Tun M – Rina Harun

November 14, 2018 4:09 pm Category: Nasional A+ / A-
Saya terima apa sahaja keputusan Tun M – Rina Harun

Rina Harun

CHERAS,. Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Harun, sedia digugurkan jika sekiranya beliau benar-benar tidak layak menggalas tugas menteri, dalam Kabinet Tun Dr Mahathir Mohamad.

Rina yang juga Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) berkata buat masa ini tumpuan beliau adalah menjalankan tanggungjawab dalam portfolio, yang diamanahkan kepadanya.

“Saya terima saja apa keputusan (Dr Mahathir). Selagi saya masih memegang jawatan ini (Menteri Pembangunan Luar Bandar), saya akan terus menjalankan amanah dan tanggungjawab,” katanya kepada media, selepas Majlis Penyampaian Sijil Tabika Kemas Parlimen Cheras 2018, di sini.

Beliau mengulas desas-desus pertemuan Perdana Menteri dengan Menteri dan Timbalan Menteri, di Yayasan Kepimpinan Perdana, Jumaat lalu, dikhabarkan mempunyai kaitan dengan rombakan Kabinet.

Rina dan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, antara nama yang disebut-sebut sebagai akan digugurkan, daripada jemaah Kabinet Pakatan Harapan (PH).

Semalam, Rina yang juga bekas EXCO Puteri UMNO, dilihat berdolak -dalik menyatakan tidak mengetahui ada rombakan Kabinet dan menganggap desas-desus itu sebagai khabar angin.

Mengulas lanjut, Rina meminta media mendapatkan penjelasan lanjut daripada Perdana Menteri, susulan mesyuarat Kabinet, Jumaat lalu, dikatakan membincangkan isu masyarakat dan negara.

“PM sahaja layak komen. (Mesyuarat) tidak sebut rombakan Kabinet langsung, hanya bincang isu masyarakat dan negara,” katanya.

Sementara itu, Rina menegaskan pendiriannya untuk terus memperkasakan Pelan Harapan Pembangunan Luar Bandar di seluruh negara, antara lain turun padang mendapatkan pandangan masyarakat luar bandar termasuk di Sabah dan Sarawak.

Ditanya dakwaan pemotongan 50 peratus peruntukan Majlis Amanah Rakyat (Mara) dalam Belanjawan 2019 ada kaitan dengan usaha meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD),R ina menafikan perkara itu.

“Saya minta Ahli Parlimen Rembau (Khairy Jamaluddin) baca semula buku Belanjawan 2019.

“Fakta (peruntukan MARA turun daripada RM3.5 bilion kepada RM1.3 bilion) tidak benar sama sekali.

“Sebenarnya peruntukan untuk MARA pada 2019 adalah RM3.7 bilion. RM1.3 bilion itu adalah perbelanjaan mengurus sahaja,” katanya.

scroll to top