Sunday , 24 March 2019

Home » Nasional » Sekolah 3M bantu kanak-kanak tiada kerakyatan

Sekolah 3M bantu kanak-kanak tiada kerakyatan

February 18, 2018 1:07 pm Category: Nasional A+ / A-
Sekolah 3M bantu kanak-kanak tiada kerakyatan

SANDAKAN,. “Asalkan anak pandai membaca dan mengira, cukup untuk kami yang tiada apa-apa (kerakyatan),” kata Sahura Gapur.

Sahura, 41, penduduk Pulau Berhala, kira-kira dua batu nautika dari sini, adalah antara ibu kanak-kanak tiada kerakyatan yang mendapat manfaat daripada Sekolah 3M (membaca, menulis, mengira) yang diwujudkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sejak 2010.
FormatFactory19KANAK89.transformed
Ketika ditemui, ibu tunggal itu berkata, seperti kebanyakan ibu lain, beliau menyimpan hasrat untuk melihat anaknya belajar di sekolah pendidikan formal dan mampu berjaya, namun terpaksa mengubur impian itu susulan masalah dokumentasi.

Katanya, kewujudan Sekolah 3M membuka lembaran baharu kepada penduduk pulau itu, yang sebahagian besar tidak mampu menghantar anak ke sekolah kerana tiada kerakyatan, mengenal huruf, sekali gus mengubah cara hidup mereka.

“Biarpun orang kata belajar di sekolah ini tidak sampai ke mana, sekurang-kurangnya anak kami ada pengetahuan asas dan lebih berakhlak,” katanya ketika ditemui di pulau itu, baru-baru ini.

Sekolah 3M ditubuhkan adalah atas faktor kemanusiaan untuk membantu mengatasi masalah buta huruf, khususnya dalam kalangan kanak-kanak pulau.
FormatFactory19KANAK23.transformed
Ia pernah memenangi Anugerah Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) pada 2015.

Sementara itu, anggota ATM, yang juga penyelia sekolah itu, Sarjan Mohd Amran Jaafar, berkata, seramai 263 anak pulau berusia empat tahun hingga 17 tahun belajar di sekolah berkenaan tahun ini dalam empat sesi.

Katanya, empat subjek yang diajar dalam kelas itu adalah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Pendidikan Islam.

“Antara cabaran yang kita hadapi untuk mengajar anak pulau ini adalah terpaksa mengulang subjek yang sama sehingga seminggu atau lebih kerana tahap kecerdasan (IQ) mereka yang rendah.

“Selain itu, disebabkan ia bukan pendidikan formal, peratus kehadiran pelajar setiap hari ke sekolah cuma 70 peratus,” katanya.

Selain itu, katanya, guru juga berdepan masalah komunikasi dengan murid kerana sebahagian besar hanya fasih berbahasa Bajau.

scroll to top