Monday , 20 May 2019

Home » Dewan Rakyat » Sektor pembuatan, perkhidmatan hanya untuk pekerja tempatan

Sektor pembuatan, perkhidmatan hanya untuk pekerja tempatan

March 13, 2019 5:56 pm Category: Dewan Rakyat, Nasional A+ / A-
Sektor pembuatan, perkhidmatan hanya untuk pekerja tempatan

Datuk Abdullah Sani

KUALA LUMPUR,. Kerajaan perlu segera melaksana ketetapan jelas supaya pekerja di sektor perkhidmatan dan pembuatan diisi oleh pekerja tempatan.

Datuk Abdullah Sani (PH-Kapar) ketika membahas Usul Menjunjung Kasih dan Perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat, berkata Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Dalam Negeri perlu melihat semula penyertaan pekerja asing dalam dua sektor ini.

Katanya, tidak masuk akal pekerja asing masih diberi peluang memenuhi sektor perkhidmatan seperti di hotel, pasar raya dan stesen minyak.

“Saya minta menteri tidak boleh lagi bagi alasan. Alasan kita ini sama ada kita (kerajaan) mahu buat atau tidak saja. Kalau tidak ada tindakan drastik, segera perkara ini tidak akan selesai.

“Sektor perkhidmatan, pembuatan mesti diisi pekerja tempatan. Kalau itu diambil (dilakukan), saya percaya kita akan pergi ke dalam sifar pengangguran,” katanya.

Beliau berkata, 500,00 penganggur yang direkodkan ketika ini orang mesti dikurangkan dan ia sebenarnya boleh diselesaikan jika kerajaan bersungguh-sungguh untuk menyelesaikannya.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin pada Januari lalu memaklumkan kadar pengangguran setakat November tahun lalu direkodkan kekal 3.3 peratus sejak September 2018.

Bilangan penganggur yang direkodkan adalah seramai 516,200 orang, naik 2.2 peratus berbanding November 2017.

Sementara itu, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS-Kubang Kerian) ketika membahaskan usul sama meminta kerajaan memperketatkan pemberian visa bagi negara tertentu, yang rakyatnya banyak menyalahgunakan visa di negara ini.

Katanya, ada dalam kalangan rakyat asing di negara ini menyalahgunakan visa dengan bekerja secara haram di pusat hiburan, termasuk ada sebahagiannya terjebak dengan pekerjaan maksiat.

“Kita juga mahu pusat hiburan yang sudah diserbu beberapa kali selepas didapati terbabit dengan penggunaan dadah dan menawarkan perkhidmatan maksiat ditutup terus dan ditarik lesennya,” katanya.

scroll to top