Sunday , 24 February 2019

Home » Dunia » Semakin ramai belia AS guna e-rokok

Semakin ramai belia AS guna e-rokok

February 12, 2019 12:14 pm Category: Dunia A+ / A-
Semakin ramai belia AS guna e-rokok

WASHINGTON,. Bilangan penduduk muda Amerika Syarikat yang menggunakan rokok elektronik (e-rokok) bertambah kepada 1.5 juta pada 2018, menjejaskan kemajuan selama beberapa tahun dalam mengurangkan jumlah merokok dalam kalangan belia, kata pihak berkuasa semalam.

Kira-kira 3.6 juta pelajar sekolah menengah rendah dan tinggi adalah pengguna produk vape, meningkat daripada 2.1 juta setahun kemudian, menurut laporan oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC).

CDC berkata, bilangan perokok dan pengguna produk tembakan lain di sekolah menengah rendah dan tinggi kekal stabil dari 2017 hingga 2018.

Pengguna terkini didefinisikan sebagai seseorang yang menggunakan produk itu dalam masa 30 hari.

Menurut CDC, 4.9 juta pelajar adalah pengguna terkini beberapa jenis produk tembakan pada 2018, meningkat daripada 3.6 juta pada 2017, dengan pertumbuhan itu dikaitkan dengan e-rokok.

“Ini adalah peningkatan dalam satu tahun paling hebat yang pernah kami lihat dari segi penggunaan produk tembakau,” kata timbalan pengarah terjemahan penyelidikan di Pejabat CDC mengenai Merokok dan Kesihatan, Brian King.

Pengarah CDC, Robert Redfield, berkata pertambahan ramai belia yang menggunakan e-rokok sejak tahun lalu mengancam kemajuan yang dibuat dalam usaha mengurangkan penggunaan tembakau dalam kalangan belia.

“Ini meletakkan generasi baru dalam risiko ketagihan nikotin,” katanya. — AFP

14

scroll to top