Friday , 15 December 2017

Home » Artikel Pilihan » seruan azimat kemenangan PRU-14

seruan azimat kemenangan PRU-14

December 8, 2017 8:15 am Category: Artikel Pilihan, Nasional, Politik A+ / A-
seruan azimat kemenangan PRU-14

Sehari sebelum Datuk Seri Najib Razak menyampaikan ucapan Dasar Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO 2017 semalam, beliau dihujani dengan beberapa panggilan telefon daripada pemimpin negara Islam. Antaranya Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menelefon Najib meminta Malaysia menyatakan pendirian susulan Presiden Donald Trump yang mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

umnobersatu
Erdogan dan pemimpin Islam luar berpendapat, Malaysia sebagai negara Islam yang maju dan moden perlu segera menyatakan pendiriannya berhubung perkara ini kerana ia jelas menyentuh kepentingan umat Islam sejagat. Ini kerana Baitulmaqdis adalah tempat ketiga paling suci bagi umat Islam selepas Makkah dan Madinah.

Menyedari isu Baitulmaqdis ini membabitkan kepentingan umat Islam secara total, termasuk di negara ini, Najib tidak berlengah membawa isu berkenaan untuk dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Khas malam kelmarin.

Mesyuarat MT yang secara lazimnya diadakan untuk memperakukan isu dan amanat yang patut dibentangkan dalam ucapan Dasar Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO, turut mengadakan perbincangan tergempar pada peringkat kepemimpinan tertinggi kerana isu ini menimbulkan kegusaran negara Islam terhadap keputusan pentadbiran Trump.

MT akhirnya sepakat untuk meminda kandungan ucapan Dasar Presiden UMNO pada saat-saat akhir dengan memasukkan isu Palestin kerana memikirkan ia adalah isu yang perlu diberi perhatian perwakilan untuk dibahaskan dan menjadi suara serta pendirian rasmi parti.

Perkembangan ini membuktikan Malaysia walaupun negara kecil dengan jumlah penduduk sekitar 32 juta, mendapat pengiktirafan dari negara Islam lain termasuk negara kuasa besar Asia Barat, Turki untuk sama-sama menolak keputusan Trump itu.

Sehubungan itu tindakan Perdana Menteri adalah tepat kerana Malaysia yang UMNO menjadi tunjang kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah antara negara yang menjuarai isu menyentuh kepentingan Islam antarabangsa sejak dahulu lagi. Ini bukti UMNO tidak pernah berkompromi dalam isu yang menyentuh kesucian dan kepentingan Islam, sama ada di peringkat domestik atau antarabangsa.

Tanggungjawab jaga parti

Ini juga selari dengan hadis sahih diriwayatkan Imam Ahmad, Rasulullah SAW bersabda, “Jagalah Allah, nescaya Allah akan menjaga kamu.” Atas faktor inilah, ahli UMNO bertanggungjawab untuk menjaga parti agar parti juga dapat membela agama, mudah-mudahan agenda perjuangan dan survival parti juga terus terpelihara dan terjaga.

Menjaga parti ini termasuklah tidak lagi lalai dan leka untuk berdepan cabaran Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) seperti diseru Presiden parti dalam ucapan dasarnya. Seruan Najib bahawa PRU-14 adalah ‘bapa segala pilihan raya’ menunjukkan gendang perang sudah dipalu dan hanya menanti arahan ketua untuk mula ‘berperang’.

Ucapan dasar yang bertema UMNO: Pelaksana Wasiat Pusaka, Harapan Sejati Kesejahteraan Negara Bangsa’ harus dihayati bukan sahaja dalam kalangan perwakilan, bahkan seluruh ahli UMNO untuk memastikan survival UMNO dalam pentas politik negara masa depan.

Perwakilan dan ahli UMNO termasuk komponen BN perlu ‘menghadam’ peringatan Najib yang menyifatkan PRU-14 akan menjadi penentu kepada nasib negara ini dan akan meletakkan UMNO di satu persimpangan pemutus.

“PRU-14 bukan hanya demi UMNO dan BN, tetapi misi yang lebih besar adalah menentukan masa depan umat serta negara secara keseluruhan,” tegas Najib. Kini, apa yang penting untuk dilakukan UMNO dan BN adalah bergerak dalam satu pasukan untuk memastikan kemenangan besar, tidak teragak-agak dan mesti bergerak dalam saf yang padu, jemaah yang kukuh dan ketumbukan jitu.

Paling utama, lima seruan dan semboyan perang digariskan Najib yang menjadi penentu kepada kemenangan PRU-14 perlu dijadikan azimat untuk memastikan kemenangan majoriti lebih dua pertiga diraih BN apabila tiba harinya nanti.

BH

scroll to top