Friday , 15 December 2017

Home » Nasional » Shahrizat Berterima Kasih Kepada Kesetiaan Wanita UMNO

Shahrizat Berterima Kasih Kepada Kesetiaan Wanita UMNO

December 7, 2017 7:24 am Category: Nasional, Politik A+ / A-
Shahrizat Berterima Kasih Kepada Kesetiaan Wanita UMNO

KUALA LUMPUR,. Ketua Wanita UMNO Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berterima kasih kepada anggota pergerakan itu yang tetap menunjukkan kesetiaan ketika beliau jatuh hingga bangun semula.

“Terima kasih wahai ibu terbaik bangsa. Kalau tidak ada anda, tidak adalah saya di sini. Di kala saya susah, anda di sisi saya beri semangat pada saya.

“Walaupun saya hadapi lima tahun sengsara, menitis air mata tetapi oleh kerana kehadiran Wanita UMNO dalam hidup saya, saya dan keluarga masih mampu bangkit semula,” katanya ketika menggulung perbahasan Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita UMNO di sini hari ini.

Justeru, Shahrizat bertekad membalas segala jasa dengan meneruskan perjuangan untuk mengangkat martabat dan maruah wanita di negara ini.

“Sebab itu saya abadikan diri kepada Pergerakan Wanita UMNO…saya tidak akan lupa jasa anda semua,” katanya.

Shahrizat berkata perjuangan Wanita UMNO dalam memberi khidmat di negara ini melangkaui agama dan bangsa.

“Kita berjuang untuk rakyat Malaysia berbilang kaum dan berbilang agama dari Perlis ke Sabah dan Sarawak. Nawaitu kita bukan hanya nak menang pilihan raya umum.

“Saya selalu cakap kita nak berjuang kerana Allah, bangsa dan negara. Sebab itu saya yakin Allah sentiasa bersama kita,” katanya.

Shahrizat turut mengakhiri ucapannya dengan membacakan sajak bertajuk ‘Ibu Terbaik Bangsa’ sebagai pencetus semangat kepada perjuangan Wanita UMNO.

— BERNAMA

scroll to top