Friday , 15 December 2017

Home » Bisnes » Siasatan kehilangan data sokongan masih dijalankan

Siasatan kehilangan data sokongan masih dijalankan

November 17, 2017 5:49 pm Category: Bisnes, Nasional A+ / A-
Siasatan kehilangan data sokongan masih dijalankan

KUALA LUMPUR: CIMB Group Holdings Bhd, berkata siasatan berhubung kehilangan pita magnetik yang mengandungi data sokongan mengenai maklumat peribadi pelanggannya masih berlangsung.

“Adalah pra-matang pada peringkat ini bagi bank ini untuk membuat kenyataan lanjut berhubung perkara itu.

“Kami, bagaimanapun, yakin langkah pengukuhan keselamatan dan pengukuhan proses dalaman akan mengekalkan keselamatan transaksi pelanggan,” katanya dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu dikeluarkan sebagai maklum balas kepada ulasan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Mohamad Fuzi Harun semalam, yang mengatakan kehilangan itu disebabkan kecuaian kakitangan bank itu.

KPN juga, berkata tidak terdapat elemen sabotaj.

“Kami juga ingin menekankan bahawa data pengesahan pelanggan seperti nombor identiti peribadi, kata laluan atau pengesahan nombor kad kredit juga selamat,” kata CIMB Group.

scroll to top