Wednesday , 24 October 2018

Home » Bisnes » Singapore Airlines terbaik di dunia

Singapore Airlines terbaik di dunia

July 18, 2018 7:22 am Category: Bisnes, Dunia A+ / A-
Singapore Airlines terbaik di dunia

SINGAPURA,. Singapore Airlines (SIA) semalam merampas kembali kedudukan sebagai syarikat penerbangan terbaik di dunia dalam anugerah Skytrax’s 2018 World Airline Awards, lapor Channel NewsAsia (CNA).

SIA sebelum ini berada di tangga pertama pada 2008. Tahun lalu, Qatar Airways berada di tempat teratas, namun tahun ini ia jatuh ke tempat kedua. Sementara itu, syarikat penerbangan Jepun, ANA berada di tempat ketiga.

SIA menunjukkan peningkatan ranking sejak beberapa tahun lalu, ia berada di tempat ketiga pada 2016 dan tempat kedua pada 2017.

Syarikat penerbangan Singapura itu turut memenangi kedudukan teratas untuk tiga kategori lain termasuk syarikat penerbangan terbaik di Asia, kelas pertama penerbangan terbaik dunia dan kerusi kelas pertama terbaik dunia.

– Agensi/ CNA

scroll to top