Saturday , 25 May 2019

Home » Sukan » Southampton, Chelsea tak mahu Liverpool menang EPL

Southampton, Chelsea tak mahu Liverpool menang EPL

April 24, 2019 8:17 am Category: Sukan A+ / A-
Southampton, Chelsea tak mahu Liverpool menang EPL

LONDON,. Tinjaun yang dibuat Paddy Power mendapati bahawa, selain daripada penyokong Manchester United dan Manchester City, majoriti penyokong Southampton, Everton dan Chelsea lebih rela gelaran juara Liga Perdana Inggeris (EPL) dipertahankan Manchester City.

52 peratus penyokong Southampton mahu City muncul juara musim ini, kemungkinan besar kerana Liverpool kerap ‘mencuri’ bintang kelab itu, seperti Sadio Mane, Virgil van Dijk dan Adam Lallana.

Sementara itu, 53 peratus penyokong Chelsea tidak mahu melihat Liverpool bergelar juara musim ini, begitu juga seteru setempat, Everton yang menyaksikan 67 peratus mahu City menang gelaran.

Penyokong Huddersfield paling ramai mahu Liverpool menang dengan 75 peratus.

Dalam tinjuan yang dibuat terhadap penyokong 20 kelab EPL itu, hanya penyokong Burnley menyaksikan keputusan yang seimbang.

Seperti dijangka, tiada seorang pun penyokong City mahu Liverpool menang manakala ada 36% penyokong seteru utama the Reds, United mahu Liverpool menang EPL musim ini.

Bagaimanapun laporan yang dibuat portal Sport Bible itu tidak menyatakan jumlah penyokong yang terlibat dalam tinjauan tersebut.

Berikut keputusan penuh tinjauan yang dibuat:

Penyokong Liverpool: Liverpool 100% – 0% Manchester City

Penyokong Manchester City: Liverpool 0% – 100% Manchester City

Penyokong Arsenal: Liverpool 53% – 47% Manchester City

Penyokong Bournemouth: Liverpool 72% – 28% Manchester City

Penyokong Brighton: Liverpool 52% – 48% Manchester City

Penyokong Burnley: Liverpool 50% – 50% Manchester City

Penyokong Cardiff: Liverpool 59% – 41% Manchester City

Penyokong Chelsea: Liverpool 47% – 53% Manchester City

Penyokong Crystal Palace: Liverpool 62% – 38% Manchester City

Penyokong Everton: Liverpool 33% – 67% Manchester City

Penyokong Fulham: Liverpool 73% – 27% Manchester City

Penyokong Huddersfield: Liverpool 75% – 25% Manchester City

Penyokong Leicester: Liverpool 60% – 40% Manchester City

Penyokong Manchester United: Liverpool 36% – 64% Manchester City

Penyokong Newcastle: Liverpool 64% – 36% Manchester City

Penyokong Southampton: Liverpool 48% – 52% Manchester City

Penyokong Tottenham: Liverpool 53% – 47% Manchester City

Penyokong Watford: Liverpool 56% – 44% Manchester City

Penyokong West Ham: Liverpool 71% – 29% Manchester City

Penyokong Wolves: Liverpool 72% – 28% Manchester City

scroll to top