Thursday , 15 November 2018

Home » Bisnes » S&P 500, Nasdaq ditutup tinggi

S&P 500, Nasdaq ditutup tinggi

June 13, 2018 9:20 am Category: Bisnes, Ekonomi A+ / A-
S&P 500, Nasdaq ditutup tinggi

NEW YORK,. Saham Amerika Syarikat (AS) ditutup lebih tinggi sedikit, disokong kenaikan dalam saham teknologi dan utiliti, sungguhpun pelabur berhati-hati menanti apa yang akan diputuskan pada mesyuarat dasar Rizab Persekutuan.

Rizab Persekutuan dijangka menaikkan kadar faedah buat kali kedua tahun ini apabila ia merangkumkan mesyuarat hari ini.

Pelabur memberi tumpuan kepada bagaimana Rizab Persekutuan mencirikan dasar monetari, cuba mendapat petunjuk sekiranya kadar faedah akan dinaikkan tiga atau empat kali tahun ini.

Bagaimanapun, saham utiliti S&P 500 menokok 1.3 peratus dan teknologi naik 0.6 peratus, membantu melonjakkan S&P 500.

Secara keseluruhan, Dow Jones Industrial Average susut 1.58 mata, atau 0.01 peratus, kepada 25,320.73.

S&P 500 menambah 4.85 mata, atau 0.17 peratus, kepada 2,786.85.

Nasdaq Composite menokok 43.87 mata, atau 0.57 peratus, kepada 7,703.79.

Sejumlah 6.4 bilion saham bertukar tangan berbanding 6.6 bilion purata dagangan 20 hari sebelum ini.

– Reuters

scroll to top