Monday , 20 August 2018

Home » Nasional » SPRM siasat Musa Aman

SPRM siasat Musa Aman

May 25, 2018 12:43 pm Category: Nasional A+ / A-
SPRM siasat Musa Aman

KOTA KINABALU,. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan membuat pemeriksaan di rumah Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Tan Sri Musa Aman.

Difahamkan, beberapa pegawai SPRM menjalankan siasatan serta pemeriksaan di rumah Musa di Luyang di sini, kelmarin.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada ia ada kaitan dengan siasatan SPRM terhadap Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Dr Jeffrey Kitingan, berhubung kerjasama parti itu dengan BN bagi membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Difahamkan, tiada sebarang fail atau dokumen diambil oleh pegawai SPRM.

Baru-baru ini, Jeffery disiasat SPRM berhubung dakwaan beliau menerima RM20 juta selepas PRU-14 daripada pihak tertentu.

Dalam PRU-14, STAR diketuai Jeffrey memenangi dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan bekerjasama dengan BN yang memiliki 29 kerusi untuk membentuk kerajaan negeri sekali gus menyaksikan Musa mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri pada 10 Mei lalu.

Dua hari kemudian, kerajaan BN – STAR hilang majoriti selepas enam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN menyokong Parti Warisan Sabah (WARISAN) sekali gus membolehkan Presiden WARISAN, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri dan membentuk kerajaan.

scroll to top