Sunday , 24 March 2019

Home » Bisnes » Stok minyak sawit November bertambah 10.45 peratus

Stok minyak sawit November bertambah 10.45 peratus

December 10, 2018 2:21 pm Category: Bisnes, Nasional A+ / A-
Stok minyak sawit November bertambah 10.45 peratus

KUALA LUMPUR,. Jumlah stok minyak sawit Malaysia bagi November bertambah 10.45 peratus kepada 3.01 juta tan daripada 2.72 juta tan pada Oktober.

Stok minyak sawit mentah (MSM) meningkat 10.91 peratus kepada 1.79 juta tan dalam bulan dikaji daripada 1.61 juta tan bulan sebelumnya.

Stok minyak sawit diproses pula bertambah sebanyak 9.79 peratus kepada 1.22 juta tan daripada 1.11 juta tan sebelumnya, kata Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dalam laporan bertajuk Prestasi Industri Minyak Sawit Malaysia bagi Bulan November 2018 yang dikeluarkan hari ini.

Ia berkata, pengeluaran MSM, bagaimanapun, susut 6.09 peratus kepada 1.85 juta tan pada November daripada 1.96 juta tan bulan sebelumnya.

Eksport biodiesel bagi November susut 21.06 peratus kepada 44,091 tan berbanding 55,857 tan pada Oktober. – BERNAMA

scroll to top