Saturday , 17 November 2018

Home » Sukan » Strasbourg ujian pertama Henry

Strasbourg ujian pertama Henry

October 18, 2018 12:42 pm Category: Sukan A+ / A-
Strasbourg ujian pertama Henry

Thierry Henry. - Foto AFP

PARIS,. Thierry Henry memulakan tugas selaku jurulatih AS Monaco dengan berkunjung ke Strasbourg pada Sabtu ini untuk saingan Ligue 1 selepas tamat aksi antarabangsa.

Henry berdepan tugas berat untuk menyelamatkan kelab yang menjadi juara liga Perancis dan layak ke separuh akhir Liga Juara-Juara 2017, tetapi kini menduduki tangga ke-18 daripada 20 pasukan dan hanya menang satu dari sembilan perlawanan.

“Kelab ini sentiasa mempunyai tempat amat besar di hati saya,” kata Henry kepada wartawan semalam.

“Jadi untuk datang ke sini dan bermula semula umpama menjadi impian saya menjadi kenyataan. Tetapi banyak kerja perlu dilakukan, seperti apa yang boleh anda bayangkan tetapi saya berasa lebih gembira kerana dapat berada di sini,” katanya.

Bekas pemain berusia 41 tahun itu menggantikan jurulatih dari Portugal Lenardo Jardim yang dipecat selepas kurang enam bulan membimbing Monaco menduduki tangga kedua dalam carta liga sejak muncul juara pada 2000.

Henry adalah penolong jurulatih skuad kebangsaan Belgium yang menduduki tempat ketiga Piala Dunia 2018 selepas tewas kepada Perancis di separuh akhir.

Penyerang, Kylian Mbappe yang memulakan karier bersama Monaco akan kembali beraksi bersama pasukan juara, Paris St Germain menentang Amiens di laman sendiri pada Sabtu ini selepas menjaringkan gol menerusi penalti lewat untuk membantu Perancis mencatatkan keputusan seri 2-2 dengan Iceland dan membantu menewaskan Jerman 2-1. – REUTERS

scroll to top