Friday , 21 June 2019

Home » Nasional » Sultan Johor bayar zakat RM5 juta dan wakaf tanah

Sultan Johor bayar zakat RM5 juta dan wakaf tanah

May 21, 2019 5:03 am Category: Nasional A+ / A-
Sultan Johor bayar zakat RM5 juta dan wakaf tanah

JOHOR BAHRU,. Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan membayar zakat berjumlah RM5 juta bagi tahun ini pada satu majlis ringkas di Istana Pasir Pelangi di sini, hari ini.

Cek pembayaran zakat itu diserahkan oleh Sultan Johor kepada Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Datuk Nooh Gadot serta disaksikan oleh Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad.

Pada majlis sama, Sultan Ibrahim turut berkenan mewakafkan tanah seluas 1,024.487 meter persegi bagi tujuan wakaf surau dan kebajikan agama Islam di Mukim Jemaluang, Mersing.

Kenyataan mengenai penyerahan cek zakat dan wakaf tanah itu dimuatnaik dalam laman Facebook rasmi baginda.

— BERNAMA

scroll to top