Saturday , 23 September 2017

Home » Bencana » Sumatera Dilanda Gempa Bumi 6.5

Sumatera Dilanda Gempa Bumi 6.5

August 13, 2017 3:56 pm Category: Bencana, Dunia A+ / A-
Sumatera Dilanda Gempa Bumi 6.5

JAKARTA : Satu gempa bumi kuat berukuran 6.5 melanda Sumatera hari ini, tetapi tiada ancaman tsunami dilaporkan.

Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) melaporkan, gempa itu berlaku pada kedalaman 35 km kira-kira jam 10.08 pagi waktu tempatan, 73 km di barat Bangkahulu.

Pegawai Agensi Meteorologi dan Geofizik Indonesia, Mochammad Riyadi berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti kemusnahan.

“Gempa bumi itu agak kuat dan cetek. Kesannya dirasai sehingga Padang, Sumatera Barat tetapi tiada ancaman tsunami dilaporkan setakat ini,” katanya.

Seorang penduduk Bangkahulu, Neng Hasnak berkata gempa bumi itu dirasai dengan begitu kuat pada beberapa minit pertama, menyebabkan beliau dan ahli keluarga lain panik sebelum lari meninggalkan kediaman mereka.

“Saya sedang mendukung cucu berusia tujuh bulan dan terpaksa berlari, malah jiran-jiran lain turut berbuat demikian,” katanya.

Indonesia berada dalam Lingkaran Api Pasifik dan sering dilanda pelanggaran plat tektonik, menyebabkan gegaran yang kerap serta aktiviti gunung berapi.

Gempa bumi kuat pernah melanda Acheh, Indonesia pada Disember 2016, mengorbankan lebih 100 penduduk serta mencederakan ramai lagi, manakala ribuan penduduk kehilangan tempat tinggal

– AFP.

scroll to top