Friday , 26 April 2019

Home » Dunia » Suspek serangan trem Belanda ditahan

Suspek serangan trem Belanda ditahan

March 19, 2019 7:58 am Category: Dunia A+ / A-
Suspek serangan trem Belanda ditahan

Gambar Tanis yang diambil daripada rakaman CCTV yang dikeluarkan oleh Polis Utrecht pada Isnin. - REUTERS

UTRECHT,. Pihak berkuasa Belanda telah menahan suspek penyerang trem di bandar Utrecht yang mengorbankan tiga nyawa.

Suspek, dikenali sebagai Gokmen Tanis, berusia 37 tahun kelahiran Turki ditahan di dataran Octplein 24.

Polis lancar gerakan besar-besaran memburu Tanis selepas kejadian berlaku pada Isnin.

Gambar Tanis sebelum itu diedarkan kepada umum.

Pihak berkuasa Belanda juga sedang siasat sama ada kejadian yang turut mencederakan sembilan individu lain, ada kaitan dengan serangan pengganas.

Polis turut mengeluarkan amaran berjaga-jaga peringkat tertinggi di masjid dan lapangan terbang susulan insiden berkenaan.

Sebahagian besar masjid di Utrecht juga ditutup sehari.

scroll to top