Thursday , 20 June 2019

Home » Bisnes » Syarikat China labur RM21 bilion di Sarawak

Syarikat China labur RM21 bilion di Sarawak

June 11, 2019 11:29 am Category: Bisnes, Ekonomi A+ / A-
Syarikat China labur RM21 bilion di Sarawak

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menyaksikan pertukaran dokumen antara kerajaan Negeri Sarawak diwakili oleh Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Industri dan Usahawan Sarawak, Datuk Liaw Soon Eng (kanan) dengan Naib Presiden Sinopec Engineering, Zhao Xiangdong di Kuching, semalam. - Foto BERNAMA

KUCHING,. Dua syarikat China, Beijing BECA Sci-tech Co Ltd dan Sinopec Engineering Inc, memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan kerajaan negeri Sarawak untuk melabur AS$$5 bilion (AS$$1=RM4.16) bagi pembangunan kompleks minyak dan gas (O&G) di Lawas.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, dasar O&G Sarawak mengalu-alukan penyertaan sektor swasta dalam pembangunan sektor O&G di negeri itu.

“MoU ini adalah langkah yang baik untuk meningkatkan kapasiti dan keupayaan kami dalam sektor ini,” katanya pada majlis pemeteraian MoU itu di sini semalam.

Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, yang juga Menteri Industri dan Pembangunan Usahawan; Presiden BECA Sci-Tech Beijing, Hao Liang; dan Naib Presiden Sinopec Engineering, Zhao Xiangdong.

Projek usaha sama itu akan dilaksanakan secara berperingkat mulai suku keempat tahun ini dan dijangka siap pada 2022. – BERNAMA

scroll to top