Saturday , 18 November 2017

Home » Bisnes » Tabung Haji rancang jual hartanah London

Tabung Haji rancang jual hartanah London

October 23, 2017 9:52 am Category: Bisnes A+ / A-
Tabung Haji rancang jual hartanah London

Bangunan ibu pejabat Unilever di Leatherhead, Surrey berhampiran London.

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) merancang menjual salah sebuah hartanah mewah miliknya di London iaitu bangunan ibu pejabat Unilever di Leatherhead, Surrey pada harga STG74 juta (RM412.11 juta).

Sumber industri berkata, untuk tujuan berkenaan pengurus dana Islam terbesar negara dengan dana melebihi RM62 bilion itu, sudah melantik juru runding dan ejen hartanah terkemuka Knight Frank untuk menguruskan cadangan penjualan berkenaan.

“Tabung Haji sudah melantik Knight Frank bagi menguruskan penjualan ibu pejabat Unilever United Kingdom dan Ireland di Leatherhead, Surrey dengan harga panduan STG74 juta atau pulangan 6.0 peratus.

KUALA LUMPUR 20 OCTOBER 2017. ( UNTUK BH BIZ )  Bangunan ibu pejabat Unilever di Leatherhead, Surrey berhampiran London, yang dimiliki Lembaga Tabung Haji.

“Hartanah berkenaan dibeli TH pada akhir tahun 2013 pada harga kira-kira RM403.91 juta dan ia bakal meraih pulangan lebih RM10 juta dari segi keuntungan tukaran mata wang asing,” katanya kepada BH di sini, baru-baru ini.

Bangunan tiga tingkat yang dibina khusus untuk Unilever pada 2008 itu memiliki keluasan lantai 16,411.69 meter persegi. Ia dipajak kepada Unilever UK dengan nilai STG4.764 juta (RM26.53 juta) setahun, bersamaan STG26.97 (RM150.197) sekaki persegi.

pada Disember 2013 melaporkan, pengurus tabungan jemaah haji itu membeli bangunan Unilever berkenaan daripada LondonMetric Property Plc, dana amanah hartanah (REIT) yang berpangkalan di UK.

Tabung Haji mendapat khidmat nasihat Gatehouse Bank untuk membeli hartanah itu sementara London-Metric Property mendapat khidmat nasihat Knight Frank dan Downey Turner Real Estate bagi penjualan hartanah itu.

Pengurus dana itu mula meneroka pasaran hartanah UK pada 2010 sebagai antara strategi mempelbagaikan risiko pelaburan dan ia juga selaras dengan peruntukan strategik pelaburan agensi itu.

Pada akhir tahun lalu, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Seri Johan Abdullah, berkata ketika ini 11 peratus daripada jumlah asetnya untuk pelaburan dalam sektor hartanah.

“Lembaga Pengarah TH sudah meluluskan pelaburan tambahan RM1 bilion untuk dilabur dalam pasaran hartanah UK dan RM1 bilion lagi dalam sektor hartanah di Australia.

“Kami gemar melabur dalam hartanah kerana ia menyediakan pendapatan berulang tahunan yang stabil. Kami meninjau hartanah yang mampu menjana pulangan segera sekurang-kurangnya tujuh peratus dan ke atas dan mempunyai tempoh pajakan yang panjang,” katanya.

Selain pasaran hartanah UK dan Australia, Johan berkata, TH juga meninjau untuk meningkatkan pelaburannya dalam pasaran hartanah di Arab Saudi.

Beliau berkata, pengurus dana Islam terbesar Malaysia itu juga sudah mengenal pasti beberapa hartanah di Arab Saudi bagi tujuan pelaburan dan pengurusan haji.

“Bagi hartanah di Arab Saudi, kami memerlukannya untuk menguruskan kenaikan harga dalam tempoh jangka panjang,” katanya.

Ketika ini, TH mempunyai tiga pelaburan hartanah di UK dan dua bangunan di Australia.

INFO:

20 peratus pelaburan TH diperuntuk untuk portfolio pelaburan hartanah/li>

11 peratus jumlah pelaburan hartanah TH semasa/li>

6 peratus sumbangan hartanah luar negara TH daripada keseluruhan portfolio pelaburan/li>

7 peratus hasil bersih setahun untuk semua hartanah berdasarkan ekuiti

BH

scroll to top