Saturday , 19 January 2019

Home » Bisnes » Tapis pemberian visa usahawan ekspatriat

Tapis pemberian visa usahawan ekspatriat

October 17, 2014 12:02 am Category: Bisnes A+ / A-

HONOR View20,

Yeoh ketika pelancaran Akademi Startup MaGiC di Cyberjaya, semalam.

Yeoh ketika pelancaran Akademi Startup MaGiC di Cyberjaya, semalam.

KERAJAAN bakal menubuhkan satu jawatankuasa, tahun hadapan bagi menapis pemberian visa kepada usahawan ekspatriat yang ingin memulakan perniagaan di negara ini.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Irwan Serigar Abdullah berkata, jawatankuasa itu akan dianggotai oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Imigresen dan Pusat Inovasi Global dan Kreativiti Malaysia (MaGIC).

“Kita akan bagi tempoh satu tahun startup visa dan jika dalam tempoh itu mereka mampu memajukan syarikat dan pekerja tempatan, kami akan melanjutkan tempoh itu,” katanya selepas pelancaran Akademi Startup MaGiC (MSA) di Cyberjaya, semalam.

Menurutnya, startup visa itu adalah satu perkembangan yang baik untuk startup ekosistem di negara ini yang akan menjadikan ia lebih berdaya saing di rantau ini.

Mengulas berhubung sasaran jumlah startup, Irwan berharap lebih banyak adalah lebih baik kerana negara memerlukan pelaburan dari luar negara.

“Tahun lalu, RM38.7 bilion telah dibawa ke negara ini. Tahun ini, berharap jumlah pelaburan akan meningkat lebih banyak ke negara ini, sekali gus menjadikan pertumbuhan negara mampan melalui pelaburan swasta terutamanya pelaburan asing dan tempatan,” katanya.

Pada pembentangan Bajet 2015 lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan modal berbayar RM75, 000 kepada usahawan ekspatriat yang ingin melabur di negara ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MaGiC, Cheryl Yeoh berkata, acara lima hari itu akan menghimpunkan usahawan startup dari seluruh negara yang bertujuan membantu meningkatkan usahawan ke peringkat seterusnya menerusi kelas bengkel yang dikendalikan oleh usahawan startup antarabangsa terkemuka daripada pelbagai industri.

“Ia terbuka kepada orang ramai dan akan menjadi pusat yang berjalan sepanjang tahun dengan memberi penekanan dalam bidang reka bentuk, teknologi dan keusahawanan serta sesi perkongsian.

“Sebanyak 70 syarikat startup turut mengambil bahagian dan menawarkan peluang pekerjaan,” katanya.

scroll to top