Saturday , 17 November 2018

Home » Bencana » Taufan Dolphin dijangka badai Guam

Taufan Dolphin dijangka badai Guam

May 15, 2015 9:37 am Category: Bencana, Dunia A+ / A-

Datuk Seri Mohamad Hasan

Fast_Maps_templet.transformed_0
HAGATNA: Penduduk di Guam dijangka berdepan angin kencang dan banjir apabila Taufan Dolphin dijangka menghampiri wilayah Amerika Syarikat itu hari ini. Ahli meteorologi kanan di Pusat Perkhidmatan Kaji Cuaca Kebangsaan, Mike Middlebrooke berkata, pusat taufan itu ialah kira-kira 321 kilometer timur Guam dan bergerak pantas di barat laut pada kelajuan 25 kilometer sejam. Satelit meramalkan angin berdekatan pusat taufan ialah kira-kira 209 kilometer sejam manakala kelajuan maksimum ialah kira-kira 177 kilometer sejam. Tiupan angin di Guam ketika ini dilaporkan selaju kira-kira 80 kilometer sejam. Angin kencang dijangka menghampiri kawasan utara Guam pada kira-kira jam 6 petang waktu tempatan hari ini dan turut diramal membadai bahagian utara pulau berkenaan. Sementara itu, lima sekolah diletakkan sebagai pusat perlindungan kecemasan bagi 748 penduduk. Seramai 24 wanita mengandung dimasukkan ke Hospital Memorial Guam. Sebahagian syarikat penerbangan membatalkan jadual mereka yang sepatutnya tiba atau berlepas dari Guam hari ini. Pegawai berkata, tiada sesiapa kecuali anggota pasukan keselamatan dan kecemasan dibenarkan berada di luar selepas jam 5 pagi hari ini. -AP

scroll to top