Sunday , 26 May 2019

Home » Bisnes » Tealive akan buka 1,000 kedai di 15 negara tahun depan

Tealive akan buka 1,000 kedai di 15 negara tahun depan

May 14, 2019 5:29 am Category: Bisnes, Ekonomi, Nasional A+ / A-
Tealive akan buka 1,000 kedai di 15 negara tahun depan

KUALA LUMPUR,. Tealive, jenama teh gaya hidup milik rakyat Malaysia dengan pelbagai perisa, sedang mengembangkan operasinya di luar negara secara agresif dan menjangkakan membuka sebanyak 1,000 kedai di 15 negara menjelang tahun depan.

Ia merancang untuk memperluas perniagaannya di China, Vietnam dan Australia dan mengukuhkan kedudukannya ke United Kingdom bulan ini, kata Bryan Loo, Ketua Pegawai Eksekutif pemilik jenama Tealive, Loob Holding.

Beliau berkata sebagai peneraju pasaran, Tealive, yang kini mempunyai 250 cawangan di Malaysia, berminat untuk menyebarkan budaya teh gaya hidup moden kepada dunia.

“Ia terus berkembang menerusi pengembangan strategik, inovasi produk serta perkhidmatan dan sentiasa menambah baik pengalaman pelanggan. Sebagai contoh, kami kini membuat minuman di hadapan pelanggan di kedai-kedai utama, memberikan mereka pandangan secara dekat proses membuat teh,” kata Loo.

Syarikat itu memberi tumpuan untuk melakukan lebih banyak kerja penyelidikan dan pembangunan bagi memanfaatkan produk tempatan di pelbagai pasaran Tealive beroperasi.

— BERNAMA

scroll to top