Thursday , 18 January 2018

Home » Bisnes » Tempahan Toyota Vios baharu dibuka hari ini

Tempahan Toyota Vios baharu dibuka hari ini

January 4, 2018 12:54 pm Category: Bisnes, Teknologi A+ / A-
Tempahan Toyota Vios baharu dibuka hari ini

SHAH ALAM,. UMW Toyota Motor (UMWT) membuka tempahan Toyota Vios baharu mulai hari ini.

UMWT memulakan Tahun Baru dengan menaik taraf model paling laris, Toyota Vios, yang mana model 2018 itu diberi perubahan kosmetik pada bahagian luaran dan dalaman yang menawarkan penampilan lebih segar.

Selain itu, Vios baharu itu diperkemaskan dengan aksesori baharu seperti sensor meletak kereta, Shark Fin Antenna, dan Illuminated Scuff Plate, antaranya.

Enam varian ditawarkan dengan harga bermula RM74,980 (tidak termasuk insurans).

Kesemua varian mematuhi kriteria Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) di bawah Dasar Automotif Nasional.

Vios baharu itu menawarkan waranti 5 tahun dan perbatuan tiada had.

Bagi maklumat lanjut sila layari toyota.com.my.

scroll to top