Saturday , 17 November 2018

Home » Dunia » Tentera Myanmar guna Facebook fitnah Rohingya, Islam

Tentera Myanmar guna Facebook fitnah Rohingya, Islam

October 21, 2018 1:48 pm Category: Dunia A+ / A-
Tentera Myanmar guna Facebook fitnah Rohingya, Islam

gambar Fail

NAYPYITAW,. Kempen memfitnah etnik Rohingya dan Islam di Myanmar oleh pihak tenteranya telah berlarutan beberapa tahun lalu dan bertambah berkesan dengan penggunaan media sosial khususnya Facebook.

Mereka menyamar sebagai peminat bintang pop dan ikon negara untuk menyebarkan kebencian termasuk menyifatkan Islam sebagai ancaman global terhadap ajaran Buddha.

Ini ditambah baik dengan menyebarkan kisah palsu mengenai perogolan seorang wanita Buddha oleh lelaki Muslim, lapor portal akhbar New York Times (NYT).

Ini dilakukan kakitangan tentera Myanmar yang menjadikan media sosial sebagai alat penghapusan etnik, kata bekas pegawai tentera, penyelidik dan pegawai awam negara itu.

Sekurang-kurangnya 700 orang terbabit dalam operasi itu yang bermula dengan pelancaran laman berita dan juga di Facebook bagi bintang pop terkenal negara itu, model dan selebriti lain termasuk seorang ratu cantik yang mempromosi propaganda tentera.

Mereka juga mengendalikan blog popular dinamakan ‘Opposite Eyes’. Semua itu menjadi saluran penyebaran foto, berita palsu dan mesej hasut mensasarkan orang Islam Myanmar.

Kempen di Myanmar ini juga menggunakan pendekatan menarik sokongan seperti dilakukan di Russia, kata Mr Myat Thu, seorang penyelidik yang mengkaji berita palsu dan propaganda di Facebook.

Satu daripadanya membabitkan akaun palsu tanpa ramai pengikut yang meluahkan komen ‘berapi’ selain berkongsi berita tidak benar oleh akaun ramai pengikut membolehkan fitnah pantas disebarkan.

Kumpulan hak asasi manusia memberi tumpuan kepada laman Facebook ‘Opposite Eyes’, yang bermula sebagai blog satu dekad lalu sebelum menyertai media sosial.

Dua sumber berkata, blog itu menyediakan berita tentera, menguar-uarkan pembelian jet pejuang Russia dan menjadi tempat luahan anti kumpulan minoriti seperti Rohingya.

Facebook mengesahkan semua perkara ini. Ketua Dasar Keselamatan Siber, Nathaniel Gleicher berkata mereka mengesan cubaan menyebarkan propaganda yang ada hubungan langsung dengan tentera Myanmar.

Isnin lalu, selepas ditanya oleh NYT, Facebook menyatakan, ia sudah membuang banyak akaun yang menumpukan kepada hiburan tetapi sebenarnya ada hubungan dengan tentera dengan pengikut seramai 1.3 juta. – Agensi

scroll to top