Saturday , 25 May 2019

Home » Dunia » Tidak dapat suntikan campak punca penularan terkini – UNICEF

Tidak dapat suntikan campak punca penularan terkini – UNICEF

April 25, 2019 11:22 am Category: Dunia A+ / A-
Tidak dapat suntikan campak punca penularan terkini – UNICEF

LONDON,. Lebih 20 juta kanak-kanak tidak mendapat suntikan vaksin campak setiap tahun di seluruh dunia sejak lapan tahun lalu, membuka laluan pendedahan kepada virus yang kini menyebabkan penularan penyakit, kata laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini.

“Virus campak akan selalu menjangkiti kanak-kanak yang tidak mendapat suntikan vaksin.

“Asas bagi penularan campak global yang kita saksikan hari ini, berlaku beberapa tahun lalu,” kata pengarah eksekutif UNICEF, Henrietta Fore.

Laporan UNICEF menganggarkan 169 juta kanak-kanak tidak mendapat dos pertama vaksin campak antara 2010 dan 2017, menyamai 21.1 juta setahun secara purata.

Disebabkan pendedahan ketara kepada penyakit itu, jangkitan campak di seluruh dunia meningkat hampir empat kali ganda pada suku pertama 2019 berbanding tempoh sama pada 2018 kepada 112,163 kes, menurut data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Pada 2017, kira-kira 110,000 orang, kebanyakannya kanak-kanak, meninggal dunia akibat campak, meningkat 22 peratus daripada tahun sebelumnya, kata UNICEF.

Campak adalah penyakit amat berjangkit yang boleh membunuh dan menyebabkan buta, pekak atau kerosakan otak.

Ia kini menular di banyak negara termasuk Amerika Syarikat, Eropah, Filipina, Tunisia dan Thailand.

Dua dos vaksin campak adalah penting untuk melindungi kanak-kanak dan WHO berkata, 95 peratus vaksin meliputi apa yang diperlukan bagi ‘imuniti kawanan’ terhadap campak. — Reuters

scroll to top