Thursday , 20 June 2019

Home » Sukan » Tidak perlu gentar pada pasukan lawan – ketua pasukan

Tidak perlu gentar pada pasukan lawan – ketua pasukan

May 24, 2019 6:24 am Category: Sukan A+ / A-
Tidak perlu gentar pada pasukan lawan – ketua pasukan

KUALA LUMPUR,. Ketua Pasukan Negara ke Piala Sudirman 2019, Goh Soon Huat menggesa rakan sepasukan untuk tidak gentar kepada pasukan lawan, bagi perlawanan suku akhir esok.

Pemain beregu campuran itu berkata beliau yakin yang semua pemain badminton negara, telah bersedia untuk menghadapi lawan masing-masing dan mereka akan melakukan kejutan terhadap kuasa baru badminton, Jepun.

“Tidak kisah siapa yang akan kita hadapi, saya percaya pasukan kita bersedia untuk melawan dan berikan yang terbaik.

“Sebagai ketua pasukan, saya akan pastikan rakan sepasukan masuk ke gelanggang, dengan rasa yakin dan tidak gentar kepada lawan, kerana kita mendapat sokongan dari seluruh rakyat Malaysia dan kita akan berikan yang terbaik,” katanya dalam Instagram Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hari ini.

Malaysia yang menamatkan perlawanan Kumpulan D di tempat kedua, diundi bertemu pasukan pilihan kedua, Jepun yang menjuarai Kumpulan A.

Undian untuk perlawanan suku akhir telah diadakan sebaik sahaja tamat perlawanan peringkat kumpulan, malam tadi.

Pasukan negara tewas 1-3 kepada Jepun dalam edisi 2017 di Gold Coast, Australia.

— BERNAMA

scroll to top