Thursday , 13 December 2018

Home » Nasional » Tidak perlu tunggu, saya mahu berehat – Lee Chong Wei

Tidak perlu tunggu, saya mahu berehat – Lee Chong Wei

October 7, 2018 5:32 pm Category: Nasional, Sukan A+ / A-
Tidak perlu tunggu, saya mahu berehat – Lee Chong Wei

Datuk Lee Chong Wei

SEPANG,. “Tidak perlu tunggu saya, beri masa untuk saya rehat,”.

Demikian kata jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei yang dijangka akan tiba di Malaysia malam ini selepas menjalani rawatan kanser hidung tahap awal.

Beliau berkata akan bersedia untuk mengadakan sidang media selepas berehat.

“Baliklah rakan media tidak perlu tunggu saya . Saya perlu berehat dan selepas itu saya akan buat sidang media.

“Rakan media tidak perlu tunggu saya di lapangan terbang,” katanya dalam satu rakaman suara yang dikirimkan menerusi aplikasi Whatsapp.

Semalam Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata Lee akan pulang ke Malaysia selepas menjalani rawatan di Taiwan.

Presiden itu tidak menyatakan lokasi ketibaan jaguh badminton itu.

Laporan akhbar pula menyatakan Lee akan pulang ke Malaysia menaiki pesawat persendirian.

Seawal pagi tadi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur KLIA1 dipenuhi media yang menanti ketibaan pemain badminton negara itu.

scroll to top