Monday , 18 December 2017

Home » Dunia » Tiga badan kebajikan dilarang bantu pelarian Rohingya

Tiga badan kebajikan dilarang bantu pelarian Rohingya

October 13, 2017 6:49 am Category: Dunia, Nasional A+ / A-
Tiga badan kebajikan dilarang bantu pelarian Rohingya

Pelarian Rohingya Mengharapkan bantuan

DHAKA: Bangladesh mengharamkan tiga badan kebajikan Islam daripada bekerja dengan pelarian Rohingya, kata ahli perundangan hari ini, susulan kebimbangan etnik itu yang berada dalam kem sepanjang sempadannya dipengaruhi elemen radikal.

Ahli perundangan parti Liga Awami, Mahjabeen Khaled, berkata badan kebajikan antarabangsa, Muslim Aid dan Islamic Relief, dan agensi beribu pejabat di Bangladesh, Yayasan Allama Fazlullah, disenaraihitamkan daripada kem pelarian Rohingya di daerah Cox’s Bazar.

Khaled berkata, tiada dakwaan khas dikenakan terhadap badan kebajikan itu.

Namun pihak berkuasa ‘meneliti dan mengimbas’ semua agensi bantuan yang mahu menyumbang kepada usaha bantuan besar-besaran di Cox’s Bazar, lokasi lebih setengah juta pelarian berada di situ sejak Ogos lalu.

“Kami mahu memantau siapa memberikan bantuan, dan mengapa, atas alasan keselamatan.

“Siapa yang membiayai mereka, dan apa yang dilakukan dengan wang itu? Pelarian Rohingya lemah. Banyak boleh dilakukan dengan mereka. Kami cuma mahu berhati-hati,” katanya, menambah ‘mudah’ untuk mengumpan pelarian menjadi militan.

Pengarah Islamic Relief, Waseem Ahmed, berkata sebarang dakwaan salah laku terhadap agensi itu tidak berasas. – AFP

scroll to top