Thursday , 15 November 2018

Home » Nasional » Tiga sukan teras digugur dapat peluang kedua

Tiga sukan teras digugur dapat peluang kedua

February 8, 2018 2:33 pm Category: Nasional, Sukan A+ / A-
Tiga sukan teras digugur dapat peluang kedua

Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia (SUKMA) yang dipengerusikan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini sebulat suara membuat keputusan memberi peluang kepada tiga sukan teras untuk dipertandingkan semula di SUKMA 2018.

KUALA LUMPUR,. Selepas dua bulan digugurkan sebagai sukan teras, Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia (SUKMA) hari ini memberi peluang kepada tiga sukan itu – sepak takraw, taekwondo dan angkat berat untuk dipertandingkan semula di SUKMA 2018 Perak sebagai sukan pilihan.

Dalam mesyuarat yang dipengerusikan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini sebulat suara membuat keputusan sedemikian biarpun mesyuarat Lembaga Pengurus Majlis Sukan Negara (MSN) pada 18 Disember menggugurkan tiga sukan terbabit sebagai sukan teras.

Pada 18 Disember lalu, Lembaga Pengurus MSN yang juga dipengerusikan Khairy buat julung kalinya menggugurkan tiga jenis sukan teras itu sejak tahun 2007 sekali gus memberi tamparan hebat buat sukan terbabit apabila tidak boleh dipertandingkan pada SUKMA.

Pengguguran ketika itu dilakukan selepas kajian mendalam dilakukan berdasarkan prestasi semasa persatuan terbabit.

Susulan pengguguran sukan teras itu sebelum ini, MSN memaklumkan SUKMA 2018 akan mempertandingkan sebanyak 26 jenis sukan yang terdiri daripada 16 sukan wajib yang juga sukan teras (dahulunya 19 sukan) sementara 10 lagi adalah sukan pilihan tuan rumah yang merangkumi keseluruhan 369 acara.

scroll to top