Saturday , 16 December 2017

Home » Dunia » Trump mengunjungi zon bebas tentera (DMZ).di SEOUL

Trump mengunjungi zon bebas tentera (DMZ).di SEOUL

October 12, 2017 7:22 am Category: Dunia A+ / A-
Trump mengunjungi zon bebas tentera (DMZ).di SEOUL

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump

SEOUL: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dijadual mengunjungi zon bebas tentera (DMZ), yang memisahkan Korea Utara dan Korea Selatan, bulan depan.

Agensi Yonhap melaporkan sumber pertahanan Korea Selatan sebagai berkata, Rumah Putih sudah menghantar pasukan akhir September lalu untuk memeriksa kawasan dicadangkan bagi ‘aktiviti khas’ Trump di Korea Selatan.

Trump dijangka menghantar mesej penting kepada Korea Utara, sama ada secara lisan atau ‘kinetik’ dalam lawatan pertamanya ke semenanjung itu.

Perkampungan perdamaian di Panmunjom dan pos pemerhati, kedua-duanya di dalam DMZ adalah antara lokasi dipertimbangkan dikunjungi Trump.

Lawatan ke DMZ, mengikuti jejak langkah Barack Obama dan Naib Presiden Mike Pence akan membawa Trump beberapa meter hampir dengan tentera Korea Utara, yang berkemungkinan dianggap Pyongyang sebagai satu provokasi.

– REUTERS

scroll to top