Thursday , 20 June 2019

Home » Dunia » Trump terima ‘surat cinta’ daripada Jong-un

Trump terima ‘surat cinta’ daripada Jong-un

June 12, 2019 12:34 pm Category: Dunia A+ / A-
Trump terima ‘surat cinta’ daripada Jong-un

WASHINGTON,. Presiden Amerika Syarikat , Donald Trump hari ini berkata beliau menerima sepucuk lagi ‘surat cinta’ daripada pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un.

Sambil menunjukkan beliau berterusan mempercayai Jong-un, meskipun terdapat sedikit kemajuan dalam usaha menyekat pembangunan senjata nuklear, Trump berkata pemimpin Korea Utara ‘sudah menyimpan rahsianya’.

“Ia sangat penting kepada saya,” katanya di Rumah Putih.

Bagaimanapun, Trump tidak mendedahkan kandungan surat daripada Jong-un itu.

Namun, beliau menggambarkan surat itu sebagai sesuatu yang ‘indah’ dan juga berkata mereka saling ‘jatuh cinta’

Trump mencipta sejarah apabila bertemu dengan Kim sebanyak dua kali dalam usaha ‘memujuk’ Korea Utara menghentikan program senjata nuklear.

Walaupun begitu, pegawai perisikan AS berkata Pyongyang tidak sesekali berbuat demikian. – AFP

scroll to top