Wednesday , 27 March 2019

Home » Dunia » Trump tinggal mesyuarat, Demokrat bantah projek tembok AS – Mexico

Trump tinggal mesyuarat, Demokrat bantah projek tembok AS – Mexico

January 10, 2019 11:58 am Category: Dunia A+ / A-
Trump tinggal mesyuarat, Demokrat bantah projek tembok AS – Mexico

Presiden Donald Trump

WASHINGTON,. Presiden Donald Trump mengucapkan ‘selamat tinggal’ dan bertindak meninggalkan rundingan yang sedang berjalan berhubung pembiayaan tembok sempadan Amerika Syarikat (AS) – Mexico apabila lawan dari Demokrat enggan bersetuju dengan projek terbabit.

“Sangat membazir masa. Saya ucapkan selamat tinggal kerana tiada apa yang boleh dilakukan lagi,” kata Trump menerusi Twitter, merujuk kepada mesyuarat bersama pemimpin kanan kongres Demokrat itu.

Pemimpin kanan Demokrat dalam Senat, Chuck Schumer memberitahu wartawan, Trump menghempas meja sebelum bangun dan meninggalkan mesyuarat itu.

“Sekali lagi, kita menyaksikan aksi meradang kerana kehendaknya tidak dipersetujui,” kata Schumer.

Walaupun kedua-dua pihak mengakui mesyuarat itu berakhir secara tiba-tiba, mereka masih saling menuding jari dalam menentukan siapa yang bersalah.

Menurut penyokong Trump di mesyuarat itu, presiden bertanya kepada pemimpin Demokrat jika mereka bersetuju membiayai projek tembok berkenaan sebagai tukaran untuk beliau mengakhiri siri penutupan kerajaan.

“Speaker Demokrat dari Dewan Perwakilan, Nancy Peloci mengangkat tangan dan berkata tidak, tidak sama sekali,” kata anggota kanan Republikan, Kevin McCarthy.

“Kami mendengar sendiri bahawa pemimpin Demokrat enggan berunding. Presiden melangkah masuk ke dalam bilik dan mengagihkan gula-gula. Saya langsung tidak dengar beliau meninggikan suara atau menghempas tangan, ” kata Naib Presiden Mike Pence.

– AFP

scroll to top