Monday , 23 July 2018

Home » Dunia » Trump tubuh tentera angkasa AS

Trump tubuh tentera angkasa AS

June 19, 2018 8:05 am Category: Dunia A+ / A-
Trump tubuh tentera angkasa AS

Trump, memegang arahan dasar Angkasa yang baru saja ditandatangani semasa mesyuarat Majlis Angkasa Negara di Bilik Timur Rumah Putih di Washington, DC. - Foto EPA

WASHINGTON,. Presiden Donald Trump semalam mengarahkan Pentagon supaya menubuhkan ‘tentera angkasa’ baharu Amerika Syarikat (AS) yang bakal menjadi cabang ke-6 tentera Amerika dan memastikan ‘dominasi AS’ di angkasa.

“Saya mengarahkan Jabatan Pertahanan dan Pentagon supaya memulakan proses untuk menubuhkan tentera angkasa sebagai cabang ke-6 angkatan tentera.

“Kita ada tentera udara dan kita juga akan mempunyai tentera angkasa berasingan tetapi sama tahap. Dalam mempertahankan Amerika, kewujudan AS di angkasa sahaja tidak mencukupi, kita mesti mendominasi angkasa,” kata Trump.

Setakat ini, perincian mengenai peranan tentera angkasa AS masih tidak jelas.

Kenyataan Trump itu dikeluarkan ketika permulaan mesyuarat ketiga sebuah badan penasihat yang diketuai Naib Presiden Mike Pence, Majlis Angkasa Nasional.

– AFP

scroll to top