Monday , 22 October 2018

Home » Nasional » Tujuh jam berlalu, nasib Ahmad Zahid masih jadi tanda tanya

Tujuh jam berlalu, nasib Ahmad Zahid masih jadi tanda tanya

October 10, 2018 5:34 pm Category: Nasional, Politik A+ / A-
Tujuh jam berlalu, nasib Ahmad Zahid masih jadi tanda tanya

PUTRAJAYA,. Hampir 7 jam berlalu, belum ada tanda-tanda Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selesai memberi keterangan berhubung dakwaan penyelewengan dana Yayasan Akal Budi di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.

Selain itu, timbul spekulasi bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri itu akan ditahan, walaupun pegawainya masih berpendapat beliau akan dibenarkan pulang petang ini.

Yayasan itu dikatakan berkaitan rapat dengan keluarga bekas Timbalan Perdana Menteri itu.
Turut dipanggil memberi keterangan ialah anak beliau sendiri iaitu Datuk Nurulhidayah, berserta anak tiri beliau Mohamad Nasaee Ahmad Tarmizi.

Ahmad Zahid, tiba di bangunan SPRM seawal 9.20 pagi, seperti biasa dalam keadaan ceria walaupun ini merupakan kali ketiga beliau dipanggil berhubung dakwaan penyelewengan itu.

Kali pertama dan kali kedua beliau dipanggil memberi keterangan ialah pada Julai lepas.

Sementara itu, walaupun ada khabar angin mengatakan beliau mungkin akan ditahan, namun pegawai beliau menjangkakan Ahmad Zahid akan pulang selepas selesai memberi keterangan petang ini.

Terdahulu, Presiden Badan Pemantau Malaysia Datuk Lokman Noor Adam dilaporkan media sebagai berkata, mereka sudah bersiap sedia sekiranya Presiden UMNO itu ditahan.

Menurut laporan itu, Lokman yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata, beliau sedia maklum arahan Ahmad Zahid agar tiada sebarang perhimpunan diadakan di SPRM, namun beliau bertegas untuk meneruskan perancangan malam ini, sekiranya berlaku penahanan.

scroll to top