Friday , 20 July 2018

Home » Dunia » Tujuh maut ditembak di Perth

Tujuh maut ditembak di Perth

May 11, 2018 1:06 pm Category: Dunia A+ / A-
Tujuh maut ditembak di Perth

Pesuruhjaya Polis, Australia Barat, Chris Dawson. - Foto REUTERS

SYDNEY,. Seramai tujuh individu ditemui maut di Margaret River, iaitu sebuah bandar kecil di selatan Perth, Australia Barat, hari ini.

“Mayat empat kanak-kanak dan tiga dewasa itu ditemui bergelimpangan di dalam dan luar sebuah kediaman di Osmington,” kata Pesuruhjaya Polis, Australia Barat, Chris Dawson dalam satu sidang media.

Dawson berkata, turut ditemui di lokasi kejadian beberapa senjata api.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati terdapat luka akibat tembakan pada semua mangsa.

“Saya hanya menggambarkan bahawa ia adalah satu situasi yang dahsyat,” katanya.

– Reuters

scroll to top