Thursday , 13 December 2018

Home » Dunia » Turki buka kedutaan di Baitulmaqdis

Turki buka kedutaan di Baitulmaqdis

December 18, 2017 8:02 am Category: Dunia A+ / A-
Turki buka kedutaan di Baitulmaqdis

Presiden Recep Tayyip Erdogan

ISTANBUL,. Presiden Recep Tayyip Erdogan menyuarakan harapan untuk membuka kedutaan Turki ke Palestin di Timur Baitulmaqdis, ketika beliau meningkatkan serangan terhadap tindakan Presiden Donald Trump mengiktiraf bandar itu sebagai ibu negara Israel.

Erdogan sebelum ini cuba mengetuai kritikan dunia Islam terhadap tindakan rakan sejawatannya dari Amerika Syarikat itu dengan menganjurkan Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Istanbul, minggu lalu untuk menggesa dunia mengiktiraf Timur Baitulmaqdis sebagai ibu negara Palestin.

Timur Baitulmaqdis diduduki Israel selepas ia merampas kawalan terhadap kawasan itu pada perang 1967 dan tindakan terbabit tidak pernah diiktiraf komuniti antarabangsa.

“Oleh kerana ia di bawah penjajahan, kita tidak boleh membuka kedutaan,” kata Erdogan dalam ucapan kepada parti pemerintah di bandar Karaman.

“Namun dengan izin Tuhan, kita akan membuka kedutaan di sana,” katanya tanpa memberi tempoh tertentu.

Turki juga mempunyai konsulat di Baitulmaqdis. Ankara mempunyai hubungan diplomatik penuh dengan Israel dan seperti negara lain, memiliki kedutaan di Tel Aviv.

– AFP

scroll to top