Thursday , 20 June 2019

Home » Sukan » UEFA lancar strategi khusus untuk majukan sukan bola sepak wanita

UEFA lancar strategi khusus untuk majukan sukan bola sepak wanita

May 19, 2019 4:51 am Category: Sukan A+ / A-
UEFA lancar strategi khusus untuk majukan sukan bola sepak wanita

Aleksander Ceferin.

PARIS,. Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) pada Jumaat buat julung kalinya melancarkan strategi bola sepak khusus untuk wanita yang bertujuan menggandakan jumlah pemain bagi sukan itu di Eropah menjelang 2024, lapor agensi berita China Xinhua.

Strategi itu, yang dinamakan Time for Action, akan cuba menyediakan platform terbaik kepada sukan bola sepak wanita Eropah untuk berkembang dan melabur dalam program serta inisiatif bagi membantu pencapaian seimbang pelan ini dari peringkat akar umbi hingga ke peringkat elit.

“UEFA akan membuat pelaburan kewangan signifikan bagi sukan itu, yang mendasari usaha berani untuk mencapai matlamat tinggi dan menjadikan bola sepak Eropah sehebat yang mungkin. Ini adalah masanya untuk bertindak,” kata presiden UEFA Aleksander Ceferin.

UEFA berharap dapat menggandakan jumlah wanita dan kanak-kanak perempuan yang bermain bola sepak dalam anggota persatuan kepada 2.5 juta orang, satu jangkauan dan nilai dalam Kejohanan EURO Wanita UEFA dan Liga Kejohanan Wanita UEFA serta wakil golongan itu dalam semua badan UEFA dalam tempoh lima tahun.

Matlamat itu juga termasuk merubah persepsi bola sepak wanita di seluruh Eropah dan meningkatkan standard pemain kepada standard yang dipersetujui bagi pasukan kebangsaan serta meletakkan dasar perlindungan dalam semua anggota persatuan.

“Strategi ini akan memperjuang, memperkenal dan mempercepat penglibatan dalam sukan bola sepak untuk semua sehingga setiap wanita dan kanak-kanak perempuan memiliki kecintaan serta pertalian dengannya sama ada sebagai pemain, jurulatih, pengadil, pentadbir atau peminat,” kata Nadine Kessler, ketua bola sepak wanita UEFA.

“Setiap kanak-kanak perempuan, tanpa mengira bakat, layak mendapat tempat untuk bermain bola sepak dan peluang untuk melakukan sesuatu yang mustahil tanpa had,” katanya.

— BERNAMA

scroll to top